Bahan-bahan (5-6 orang)
500 g spaghetti
3 ulas bawang putih
5 biji telur
1/2 cawan Parmesan cheese
1/2 cawan double cream
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parsley flakes
2 biji cendawan butang (dihiris)
Hirisan daging ayam / seafood 500-700 g
Cara-cara
- Masukkan telur, parmesan cheese, cream cheese, lada hitam dan garam ke dalam mangkuk. Pukul bahan-bahan ini sehingga sebati.
- Rebus spaghetti dalam periuk sehingga lembut dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan masukkan hirisan ayam atau seafood dan cendawan butang. Goreng sehingga masak.
- Masukkan spaghetti yang masih panas ke dalam kuali.
- Alihkan kuali daripada api. Masukkan bahan-bahan yang telah dipukul tadi ke dalam kuali. Kacau hingga sekata.
- Masukkan parsley flakes dan kacau.
- Siap untuk dihidangkan.